SUTRA semburan aromaterapi pelbagai guna

Pada November 2013, semburan aromaterapi pelbagai guna, Tropical Pandan jenama Sutra mula dijual di pasaran.

Menariknya, semburan aromaterapi itu mempunyai pelbagai fungsi, bukan sahaja sebagai penyegar udara untuk nyah bau dan beri kesegaran, atau penghalau serangga, malah ia juga digunakan sebagai wangian fabrik.

 

 

Ia juga sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan meja dan kaca, selain membantu kekemasan pakaian ketika diseterika (ironing aid)

Mohd Khairil,pengasas Sutra yang juga Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd berkata, produk itu boleh digunakan di dalam rumah, pejabat, mahupun kenderaan.

 

“Semburan ini juga boleh digunakan sebagai tambahan haruman bunga rampai yang digunakan semasa majlis perkahwinan, menggantikan daun pandan.

“Produk ini juga ringkas, mudah dibawa dan boleh digunakan bila-bila masa, sesuai dengan konsep jenama Sutra, yang dicipta bagi menghilangkan stres mengimbangi fizikal, mental dan emosi dalam kehidupan seharian, berasaskan wangian,” katanya.

Menurutnya, semburan aromaterapi Tropical Pandan itu menggunakan sepenuhnya pati pandan, dicampurkan dengan air dan pelarut, menjadikan harumannya kekal seperti daun pandan yang asli.

“Bagi menghasilkan 1 kilogram (kg) pati pandan, ia memerlukan 125 hingga 150 kg daun pandan. Dengan 1 kg pati pandan ini, ia mampu menghasilkan 1,000 botol semburan aromaterapi Tropical Pandan,” katanya.

Permintaan tinggi

Disebabkan penggunaannya pelbagai, semburan aromaterapi Tropical Pandan jenama Sutra menerima permintaan tinggi di pasaran.

Mohd Khairil berkata, setiap minggu, kira-kira 5,000 botol produk itu terjual di pasaran di negara ini, selain Singapura dan Brunei.

“Kami menjualnya menerusi 375 stokis dan ejen yang dilantik. Selain itu, kami juga mempunyai sebuah kedai dikenali sebagai Sutra Shoppe di Seremban 2, Negeri Sembilan.

“Kami bakal buka dua lagi cawangan Sutra Shoppe di Shah Alam, Selangor dan Johor tidak lama lagi bagi meluaskan pasaran produk ini dan produk jenama Sutra lain,” katanya.

Semburan aromaterapi pelbagai guna Tropical Pandan itu dijual pada harga RM20 sebotol, mengandungi 200 mililiter.

Selain semburan pandan, jenama Sutra turut mengeluarkan lima lagi semburan aromaterapi lain, iaitu Sweet Lavender, Citrus Berry, Rose Sensation, Heritage dan Glory, yang mempunyai fungsi masing-masing.

 

 

Show your love please ! :
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *